Pengasas Bersama
Redwan
"Setiap trip yang kami atur adalah trip yang kami sendiri mahu sertai — dari tiket hingga makanan halal, semuanya dijaga."
Strategi trip & operasi di UK
Mengenai Kami
Idea JalanJalanBola tercetus sekitar tahun 2015 selepas kami pulang daripada menyaksikan perlawanan bola sepak secara langsung di England. Ketika itulah kami sedar bahawa tiada apa yang mampu menandingi pengalaman berada di stadium berserta sorakan puluhan ribu penyokong, debaran sebelum sepak mula, kegembiraan meraikan jaringan dan suasana yang hanya boleh dirasai secara langsung.
Namun, kami juga memahami bahawa merealisasikan impian tersebut bukanlah sesuatu yang mudah. Mendapatkan tiket perlawanan, mengurus visa, merancang perjalanan, memilih penginapan dan menyusun logistik memerlukan masa, pengalaman serta perancangan yang teliti. Atas sebab itulah JalanJalanBola diwujudkan.
Perjalanan kami bermula pada penghujung tahun 2016 dengan menganjurkan private tour dan kumpulan kecil. Menjelang penghujung tahun 2024, kami melangkah ke fasa baharu melalui kerjasama strategik bersama Fitrah Travel, membolehkan kami menganjurkan trip dalam skala yang lebih besar.
Alhamdulillah, sehingga kini kami telah membantu lebih daripada 100 peminat bola sepak dari Malaysia, Singapura dan Brunei merealisasikan impian menyaksikan pasukan kesayangan mereka beraksi secara langsung di stadium.
Bagi kami, setiap perjalanan bukan sekadar tentang menonton perlawanan. Ia adalah tentang mencipta kenangan, membina persahabatan dan memberikan pengalaman yang akan dikenang sepanjang hayat.
Pasukan Kami
Dua peminat bola sepak yang mengubah pengalaman di stadium England menjadi misi untuk membawa lebih ramai penyokong Malaysia mengejar impian.
Pengasas Bersama
"Setiap trip yang kami atur adalah trip yang kami sendiri mahu sertai — dari tiket hingga makanan halal, semuanya dijaga."
Strategi trip & operasi di UK
Pengasas Bersama
"Bola sepak membawa kita ke tempat asing, tetapi persahabatan dan pengalaman bersama menyatukan semua orang."
Pengalaman pelanggan & komuniti